fbpx

Hanya 4 langkah diperlukan untuk meningkatkan kualiti Digital Marketing Strategy anda

Food Sampling: Bagaimana melakukannya dengan betul?
January 28, 2020
4 Tips sensasi untuk Video Marketing yang berkesan
February 24, 2020
Show all

Memang tidak dinafikan bahawa Digital Marketing Strategy adalah sangat penting untuk manjalankan perniagaan yang berjaya. Tanpa sebarang Digital Marketing Strategy planning di dalam pelan keseluruhan marketing anda, anda akan kehilangan peluang untuk mengembangkan data base pelanggan anda. Berikut adalah cara-cara untuk membina Digital Marketing Strategy planning anda.

 

1.     Tentukan Branding anda.

Untuk memasarkan apa-apa produk, seseorang, sebuah organisasi, atau suatu idea, anda perlu menentukan Branding anda terlebih dahulu. Matlamat Branding adalah untuk membantu syarikat anda mengukuhkan kedudukannya di pasaran untuk suatu jangka panjang.

Pertama sekali, logo anda adalah cara yang paling asas untuk menentukan Branding anda. Brand anda mesti mempunyai logo berwarna-warni, kuat dan tidak dapat dilupakan. Warna yang digunakan dalam logo anda harus berbeza daripada pesaing anda. Mendapat kepercayaan pelanggan anda, sememangnya tiada ikatan antara Branding dan pengguna tanpa kepercayaan. Jenama dapat memberi kepercayaan maksimum yang menjana hasil dan anda harus mempunyai seorang digital marketer untuk membuat strategi yang membantu anda untuk mendapatkan kepercayaan pengguna supaya tidak mengelirukan orang dengan iklan palsu.

 

2.     Tentukan Persona Pembeli anda.

Persona Pembeli adalah penerangan terperinci mengenai sasaran pelanggan anda. Bayangkan seorang individu sebagai pembeli anda dan anda tahu segala-gala maklumat demografi daripada hobi, dan sejarah kerjaya kepada saiz keluarga semua ditulis seolah-olah orang itu adalah orang yang sebenar.

Kelebihan membayangkan orang ini dengan jelas ialah menentukan target audience atau pelanggan anda yang membolehkan anda menyesuaikan mesej pemasaran anda dengan lebih baik kepada orang yang ingin membeli produk anda atau perkhidmatan anda. Sebaik sahaja anda mengetahui latar belakang setiap Persona Pembeli anda, maklumat ini akan membantu anda mencari di mana pelanggan anda meluangkan masa mereka di online, di mana mereka pergi untuk mendapatkan maklumat mereka, dan rangkaian sosial media yang biasa mereka gunakan untuk berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan pekerja. Dengan adanya maklumat ini ia akan membolehkan anda untuk menumpukan content anda dengan lebih baik dan mempromosikannya di tempat yang paling prospektif.

 

3.     Tentukan Saluran Digital Marketing anda

Digital Marketing boleh memberi manfaat kepada perniagaan dari semua faktor dengan memberi akses kepada pasaran terbuka pada harga yang berpatutan dan targeted audience dapat dicapai dengan cara yang efektif dan terukur. Terdapat banyak saluran digital marketing pada masa kini yang boleh di terokai oleh anda untuk perniagaan anda.

Saluran Digital Marketing yang betul untuk perniagaan anda haruslah disamakan dengan kos yang dilabur, hasil yang dapat diukur, keperibadian, dan kecenderungan. Kempen Digital Marketing yang berkesan dapat mencapai pelanggan yang tepat pada kos yang lebih rendah. Anda boleh mengukur online marketing anda dengan penganalisis web dan ini menjadikannya lebih mudah untuk menetapkan keberkesan kempen anda. Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang cara pelanggan menggunakan laman web anda atau membalas iklan anda.

 

4.     Tentukan ROI anda.

Apakah faedah mengukur ROI (Return of Investment)? Mengukur ROI terhadap pelaburan anda yang dapat memberi anda lebih penjelasan mengenai perbelanjaan anda terhadap Digital Marketing.

Kecil atau besar, jika anda meletakkan pelaburan dalam kempen pemasaran, anda pasti menginginkan data yang membuktikan wang itu dibelanjakan dengan baik. Sebagai contoh, sebuah restoran membelanjakan wang pada kempen iklan Facebook. Pemasar mereka ingin tahu sama ada orang yang melihat iklan itu sebenarnya masuk ke dalam organisasi mereka. Mengukur ROI lazimnya dilakukan mengikut kes. Dengan cara itu, anda boleh memutuskan bagaimana untuk menganggar peruntukan anda dengan betul ke saluran pemasaran yang berbeza. Dengan mengetahui ROI anda, anda juga boleh belajar dari pesaing anda.