fbpx

Bagaimana cara untuk mengoptimumkan Operasi Retail?

4 Tips sensasi untuk Video Marketing yang berkesan
February 24, 2020
Outright vs Consignment. Apakah perbezaannya?
March 23, 2020
Show all

Untuk berjaya dan menjadi lebih efisyen dalam Retail adalah penting untuk mengoptimakan operasi retail.

1. Susun Atur Warehouse yang Optimum

Untuk memastikan logistik dan fulfilment team bekerja dengan cepat dan efisyen, susun atur simpanan produk perlu diambil kira. Susun produk yang jualan paling banyak (fast moving item) seharusnya berdekatan dengan tempat pemungahan (loading area). Sekiranya ada produk yang sering dijual secara kombo lebih baik diletakkan perdekatan antara satu sama lain bagi memudahkan pembungkusan.

2. Melakukan pemeriksaan stok dengan kerap (Stock Take)

Pengiraan stok inventori dan pemeriksaan stok hendaklah dilakukan dengan kerap supaya isu kehilangan produk boleh diatasi dengan lebih cepat. Selain itu boleh mengelakkan situasi kehabisan stok (Out of Stock). Adanya Sistem pengurusan Retail dengan stok inventori direkod secara langsung mempercepatkan pengurusan stok.

3. Pengurusan Pulangan stok (Return Stock Management)

Dalam perniagaan Retail, supplier kene bersedia dengan pemulangan stok disebabkan hampir tarikh luput atau produk kurang mendapat sambutan (slow moving sales) atau stok berlebihan di dalam kedai/outlet. Pulangan stok hendaklah diagihkan mengikut status dan kondisi untuk tindakan selanjutnya. Jika tidak diuruskan dengan baik, akan meningkatkan kos simpanan dan kerugian.

4. Rekod Laporan Jualan dan Semak keuntungan setiap channel

Analisa jualan setiap produk setiap outlet setiap channel hendaklah dibuat untuk memastikan keuntungan yang maksima. Laporan ini boleh digunakan untuk memahami promosi apa yang boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli. Selain itu, ia juga memberi kefahaman tentang produk yang mana perlu lebih perhatian untuk pemasaran dan channel mana yang memberi lebih efektif sales.

5. Automasi Aliran Kerja

Merancang dan mengautomasikan aliran kerja anda, supaya anda boleh memberi tumpuan lebih kepada aktiviti pertumbuhan omnichannel, dan kurang pada tugas admin. Automasi membolehkan anda mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk perkara lain yang boleh memaksimakan jualan dan keuntungan.