fbpx

Outright vs Consignment. Apakah perbezaannya?

Bagaimana cara untuk mengoptimumkan Operasi Retail?
March 9, 2020
Show all

Terma ini merupakan penjanjian yang sangat penting untuk menentukan hala tuju perniagaan.

          1. Jualan

Outright adalah apabila berurusan dengan retailer, buyer akan membeli terus barangan dan invois dikeluarkan apabila membuat penghantaran ke premis jualan dan pembayaran mengikut terma pembayaran ditetapkan.
Consignment adalah meletakkan barangan di premis dan jika berlaku jualan, retailer akan membayar barangan berdasarkan apa yang terjual sahaja mengikut terma pembayaran.

           2. Inventori

Outright – kebiasaannya pengurusan inventori (pesanan stok, planogram, merchandising) di premis dilakukan oleh pihak retailer. Bagi retailer besar, penghantaran selalunya melalui DC (Distribution Center)

Consignment – pengurusan inventori (pengagihan stok, merchandising) dilakukan oleh pihak usahawan sendiri dan kebiasaannya penghantaran dilakukan oleh pihak usahawan terus ke premis-premis jualan.

          3. Risiko

Outright – Risiko kehilangan atau kerosakan semasa pengendalian stok di premis jualan adalah ditanggung oleh retailer.

Consignment – Risiko kehilangan atau kerosakan semasa pengendalian stok di premis jualan adalah ditanggung oleh pihak usahawan. 

          4. Retailer Margin

Margin Outright kebiasaannya lebih tinggi berbanding Margin Consignment.