fbpx

Team kami terdiri daripada konsultan-konsultan berpengalaman jauh di dalam industri retail dan hypermarket.


Mari Kenali Mereka!


AINORDIANA MOHD AINI (Route to Hypermarket)

Cik Ainordiana mempunyai 10 tahun pengalaman dalam industri Retail khususnya dalam bahagian “Key Account Management”.

Beliau memulakan karier dengan syarikat Jenama Selebriti tempatan pertama di Malaysia yang menembusi pasaran Retail. Beliau memegang akaun terbesar seperti Watsons dan Guardian, di mana beliau bertanggungjawab untuk merancang aktiviti pemasaran dan penjualan. Pada tahun 2014, beliau telah mengkomersilkan produk penyelidikan FELDA ke pasaran tempatan. Dalam masa 6 bulan, beliau telah berjaya menyenaraikan produk-produk ke dalam lebih 3000 kedai rangkaian farmasi dan pasaraya.

Kini, beliau bersama amaxMALL sedang memperkasakan produk-produk keluaran SME dengan membimbing usahawan dalam program amaxMALL – Route to Digital & Hypermarket.

Beliau telah melatih lebih daripada 500 usahawan yang ingin memasarkan produk secara atas talian serta usahawan yang berhajat untuk mengembangkan perniagaan secara fizikal dengan cara menembusi pasaran retail dan export. Hasil daripada program itu sebanyak 113 jenama syarikat tempatan yang menyertai Latihan Keusahawanan yang dikendalikan beliau telah pun tersenarai dan dijual dalam pasaran seperti di hypermarket Giant, Cold Storage, Jasons, Mercato, Aeon Wellness dan Watsons e-commerce.

Antara kursus/seminar/bengkel keusahawanan yang dikendalikan sepanjang tahun 2018 -2019 :
  • Gaining Market Access (CGC) - 200 peserta SME (5 negeri)
  • Bengkel Inovasi Keusahawanan Koperasi - 100 peserta/ 50 Koperasi (5 Zon)
  • SME Route to Digital & Hypermarket - lebih dari 300 peserta SME
  • Pitch Essentials and Marketplace Solutions CGP Level Up for MDeC E-Usahawan Batch 2 - 50 peserta